Saturday, December 21, 2013

sakit [1]

Assalamualaikum. :)

lama sangat dah tak taip blog. rasa kaku semacam je nak menaip. tapi nak taip jugak. sebab, sebab nak taip jugak. hmm. hmm. sebenar nya at this moment aku masih ada 2 lagi projek dan satu report bertatah di hati keciks aku ni. entah bila nak siap. den pun dop tahu. susah nya nak buat projek tu. sabar je la oii.

tapi.... dan tapi....

walaupun banyak kereja.
aku masih lagi mengenepikan kereja kereja tersebut untuk menulis blog ini. entah kenapa petang yang indah ini memberikan mood yang ala ala gitu untuk aku menulis blog yang dah lama aku tak hupdate ni. hihi.

dah lama rasa nya tak hupdate. serius rindu.

#np rindukanlah.

hmmm. sebenar nya nak mula cerita ni. cerita sedih. sebab tu starting macam happy happy gituuu. ngeee :)

tanggal 27 November (bajet drama).

kenapa dengan tarikh atas ni ? hehe. sebenar nya. semalam tu. aku pergi jogging. semangat weh. kata nak kuruih. mesti la jejogging. dah jogging. dah rasa kuruih sikit, (hihi, tipu). malam tu aku rasa sakit. sakit la. kat perut. serius sakit. aku tak tahu kenapa. but really. its like bisa bisa. sobs sobs.

*tak nangis pun. saja nak dedrama sikit.*

then, aku decided, esok nya pergi buat check up kat kelinik UMP. hm. scary tauu jumpa doktor. sebab tak tahu sakit apa kan. tetiba je. hm hm. lepas tu doktor scanned perut aku. lepas tu dah scan segala doktor kata cenggini je.

'awak kena buat operation ni, secepat mungkin'

but why ? aku pun macam eksaited sangat sampai nangis depan doktor tu. doktor tu pun ala ala drama kata. its nothing. just ketumbuhan. aku speechless. at that time, aku hanya pandang doktor tu. aku terbayang mak ayah aku. family aku. pelajaran aku. aku tanya doktor tu. boleh tak drag operation tu. habis semester ni. then dia kata. dia tak sure. dia takut jadi teruk lagi. so dia kata its better to make it fast(nada doktor). hihi. then, dia explain segala segala tu.pergi check kat hospital, bla bla bla.

haha. lawak tau. aku dengar je doktor tu explain. sambil lap hingus. eksaited sangat aku time tu. zzz.

petang tu. semua kelas mahupun presentation aku ignore cemtu je. aku tak bagitahu ibu pun aku sakit. aku suruh kakak aku bagitahu. sebab aku takut emosi drama aku tetiba datang masa bagitahu ibu. dah kakak aku bagitahu ibu. ibu terus call. lalu terjadi la drama ibu dan anak. emosi gila aku time tu. serius serius. T.T

10 Disember 2013.

appointment kat hospital ampuan afzan.

                                                                  nama i tu youolsss.

sebenar nya aku sebak sikit pergi hospital sensorang. semua datang berpasangan. bila laaa aku nak ada pasangan. hihi. dah la aku datang jam 9. jam 11.30 baru dapat masuk bilik doktor. tahu tak, tahap kesabaran sangat teruji ketika itu. sabar je la time tu. hurrr. sebenar nya iols debar sangat tau. mana tahu yang rawat aku tu doktor lelaki. awww. semput tetiba aku nanti. tapi Alhamdulillah. doktor perempuan. doktor sharmila kot. #ehh.

hmm. masa pergi hospital, doktor tanya memacam sampai tanya aku ada pakwe ke tak.

doktor, of course la takde. saya baik tau. hihihihi.

lepas scan, aku sedar. yang aku memang sakit. aku nampak ketumbuhan tu. clearly. besar. doktor pun suruh aku cepat buang. sebab its getting larger and larger. aku speechless. lepas tu dia tanya aku final bila segala. dia kata its better buat kat Klang. since mak ayah aku ada kat situ untuk jaga aku nanti. time ni aku dah mula sebak gilaaa. hmm. so, aku decide dengan mak ayah aku. buat kat hospital Klang lepas final nanti.

ketumbuhan tu bukan kanser. insyaAllah bukan. haritu dah test darah. dia kata bukan. cuma ketumbuhan tu really effect my life these day. pinggang aku totally sakit. tak kuat. tak leh nak buat kerja kerja berat dah. tak boleh nak lari mahupun lompat dari tangga cem dulu. hihihi. these lately, aku selalu demam. aku tak tahu kenapa. badan aku makin lemah hari demi hari. aku harap tak de apa apa. seriyus tak de apa apa.

so, by now. aku hanya menungggu hari di mana aku dapat tarikh operation aku nanti. dan the operation day. ketumbuhan tu. aku tak tahu keadaan beliau. semuga sihat sejahtera kat dalam perut i tu. aku banyak amal kan doa je la sekarang. urut perut aku kasi kicik sikit. hihi.

roomate aku kata aku kuat. aku mampu senyum, gelak macam biasa. aku tak tahu nak buat apa lagi. Allah dah kata macam ni. aku redha. sebab aku tahu. semua ni kehendak Nya. ada hikmah nya. kalau lepas ni aku bukan aku yang dulu. aku redha je la. sebab hidup kat dunia ni sangat sementara. insyaAllah aku akan cuba tabah. sakit tu kan kifarah dosa. hee :')


saya dan roomate saya. hihi :)

doakan aku wahai teman teman.

entry lepas ni mungkin aku akan update time aku jumpa dokter dokter handsome kot. kihkih :)

p/s : ainil akan kuruih, eksaiteeeddd nyaaaaa. hiiihiii


Friday, October 25, 2013

The bio thingy things.

Assalamualaikum. heyyah. :)

ekceli macam dah lama sangat tak update blog. buat aku rasa sangat kekok nak bercerita macam dedulu.

nak tahu tak. nak tahu tak. 19-20 oktober haritu. aku pergi melawat Johor Bahru. theres a program nama nya biocareer and bioeducation. its in persada. hohohoho.
aku dengan biology youols. biology yang aku tak suka tuuu.
program ni bagi aku sangat sangat bagus bagi bebudak final year. since aku baru tahun dua. perasaan tu lain tau. bagus bagi yang berminat nak sambung master or PHD untuk attend program program gini. sebab banyak sangat booth yang expose kat kitorang pasal research. even UMP sendiri ada booth nya. hewhew.

hehe. ni bukan nak kata apa la. ada gak explanation yang aku melopong tak paham. sambil buat muka cool masa orang tu explain pasai research magnet apa tah. hekhek. tapi ada jugak part yang aku paham. dan ada one of the booth from UM, the lecturer which is from India told us the way on how to study chem engineering in real. maksud nya macam. contoh. subject killer kitaols which is thermodynamic. the key things is basic. dia suruh kitorang kuatkan basic. sebab basic is so important. dia kata eh eh. hehe.

so, in real ada la ilmu yang aku dapat. ekceli at first aku rasa macam sedih sebab, aku je yang berumur 20 kat dalam group rombongan tu. tapi macam tak sangka. bila dah get into dengan senior. semua nya baik dan menjaga aku dengan baik. kehkehkeh. suke nya itewww. ok itu sahaja nak update. tak ada apa pun ekceli. hekhek.


ok ni la antara gambar gambar yang sempat di ambik. hekhe






sekian :D
P/s : semuga awak aman di sana. :'3


Friday, October 18, 2013

is now me.

assalamualaikum :)

its been a lot of things happen. ups and down. tears. masalah datang menerpa. kita tak mintak. dia datang. biasa la. hidup ni kan. makan ujian. dapat result tinggi ujian. sungguh semua yang ada dalam kehidupan kita ni. ujian. yang kekal hanya la,
kat sana. kat sana ye teman.

kadang kadang rasa menyesal sangat habiskan air mata kepada benda benda yang tak patut kat dunia yang tak kekal ni.
contoh ?

menangis sebab manusia.

kenapa ?

sebab terlalu berharap. kan ?

tapi kadang kita tak dapat tahan kan ?

susah. tahu. pernah rasa.

takpa la. kita usaha.

usaha untuk berharap kepada Allah sahaje.

bagi aku. my problem is more towards a friendship, a relationship, enemy ? indeed.
tapi as for the time is moving forward. (lajuly). aku belajar untuk 'ignore' benda yang tak penting.

kenapa tak ignore dari dulu ?

sebab aku terlalu menjaga. sampai aku sakit sendiri.
sekarang.
biarla.

kau nak keluar dari hidup aku. keluar la.
kau nak mengumpat aku. umpat la.

Allah ada.
Ending kita semua. kau yang kaya. yang handsome, yang lawa, yang comel.
semua nya kepada Dia.

tak perlu nak susahkan hati pikir benda yang tak penting. benda yang boleh merosakkan hati.

when i ignore.

aku rasa bahagia tanpa sakit hati :)

k. ni sahaja. :)

Wednesday, September 4, 2013

you.

assalamualaikum. 

i just want to tell, how much i miss you. 

really.

deep inside. 

i miss you so much,

dear friend. 

bye. 

Monday, July 15, 2013

heyyy its me, ainil. baca la. baca la. hihiks

assalamualaikum.

sebenar nya tadi sesaja stalk stalk blog orang. lepas tu terpikir nak stalk blog lama. heyyaah. :') makin baca dan baca. scroll sampai bawah. hoooo. was this is me ? (beroken kemain. hehe).
rindu nya. ainil yang dulu. ainil yang banyak cakap. ainil yang ceria. tak tahu kenapa. aku semakin sedar. aku dah kurang sangat sangat bercakap. bila bukak balik blog ni. buat aku rindu sangat. sangat kat beliau.

hokeh la. memang lama sangat aku tak hapdate kat blog ni. ekceli aku rasa by buat blog baru dapat buat aku makin banyak nak tulis. tapi kelaut je bentuk nya. macam tak gerak je. entah. mungkin sebab aku tak jadi diri aku kot. tidak sama sekali.

sebenar nya. dalam beberapa bulan ni. banyak yang aku belajar. banyak.antaranya.

first.
aku belajar. semakin ramai orang yang kita jumpa. semakin kita kena hati hati dalam bercakap. dalam bergaul. pandang kiri kanan dulu sebelum bercakap. jangan nak cakap tak serupa bikins, jangan nak bajet bajet rempuh roadblock hokeh. *tiada kaitan* huhuks. mungkin wujud sedikit kekecewaan dalam hati aku bila terfikir apa yang aku dah buat. aku tak sedar bila. kenapa. cuma yang aku sedar. aku dah sakitkan hati seseorang. mungkin kami tak rapat. tapi ianya cukup bagi kesan. aku sayang dia. dia seorang manusia yang cukup kuat bagi aku. tapi mungkin kata kata aku yang aku tak perasan dah buat dia hurt sangat. aku mintak maaf. dan aku rindu dia. hmm.

azani. aku mintak maaf :')

second.
aku belajar. aku tak boleh terlalu ikutkan ego aku ni. ego mesti ada. mesti. tapi kalau tak pandai kawal. susah beb. aku once pernah jatuh teruk sebab ego. jatuh tercedera. koma. kehkeh. tapi alhamdulillah. Allah bagi semangat untuk aku teruskan jugak perjuangan aku. aku ambik iktibar banyak dari ego aku ni. aku kena sedar salah aku. dan kena jangan asyik nak menang je. mungkin semua ni dah terlambat untuk aku kesalkan. tapi aku akan cuba untuk kawal sebaik mungkin pada masa akan datang.

third.
jodoh itu di tangan Allah. kalau dah tarak jodoh. jangan kau nak lawan takdir. hihiks. kejatuhan yang dahsyat di alami aku pada zaman dulu membuatkan aku jadi fobia untuk menghadirkan hati untuk menerima cinta lelaki lelaki di luar sana. pergh ayat. kahkah. aku tahu, aku sedar. belum masa nya untuk aku mengendalikan perasaan aku sebaik mungkin. aku kena belajar dulu. dulu. sungguh sungguh. harapan mak ayah aku lagi penting. sejarah zaman dulu cukup mengajar aku. kalau sayang. jangan sayang sangat. dan aku telah menulis begini jugak di blog dulu. ketika sebelum aku menemui dia. ni kes tak sedaq diri lagi mungkin. aku harap sangat aku tak ulang lagi. aku harap sangat. untuk kali yang ke berapa entah. aku harap. aku akan jumpa yang benar benar dapat terima aku seada nya. which is NANTI. not now T.T

forth.
yang ni memang kes payah kalau tak paham paham jugak. hehe. kalau belajar pandai pandai mesti la pointer naik. dan yea ! pointer sem ni naik. Alhamdulillah. justeru itu aku akan cuba untuk semakin merajinkan diri belajar bersungguh sungguh bagi menaikkan pointer aku tu lagi. kehkeh.

conclusion.
seriius aku rasa entry aku kali ni macam karangan esei espieem yang penuh kesilapan tatabahasa.

oke oke. serius part.

hidup ni satu pentas ujian dimana kita semua belajar dari apa yang berlaku. kalau kita tak hadapi perkara perkara ni. kita takkan tahu. how it feels. how the things can be done, can be solve. mungkin pada masa kita menghadapi nya. kita sakit. kita rebah. tapi ingat. Allah uji kita sebab kita, sebab Dia sayang. jadi, ikhlaskan hati menerima sebanyak mungkin ujian dalam kehidupan. jika berat rasa. ingat la Allah ada. Allah melihat. Allah tahu kita mampu. Allah sayang.

'Allah takkan uji hamba Nya jika Allah tahu hamba Nya tidak mampu.'

blog aku tak sehebat blog blog angpa. sukati la nak baca ke tak. ehhe.

sekian. saya rindukan makcik ainil. rindu :')


p/s : somtime i think is not the me. its not.

Thursday, March 28, 2013

hehe:)

perbualan di dalam lab.

A : weh kau pakai cincin emas. dah kahwen ye?
B : haah dah. 
A : serious la?
B: haah yeala. dah. 
C : so, macam mane kau convince mak kau untuk kahwen ? 
B : bagitahu je la nak kahwen. 
A : weh kau pun dah kawen kan ? baik mengaku. 
D : mane ade. aku tak de sape sape lagi.
A : tapi nape care kau macam dah kawen ? 
D : tak de la -.-
C : eh yekee. habis kau pakai cincin haritu tu. siap ade berlian lagi kat atas cincin tu. 
D : (aku beli RM10 je cincin tu) -.-
A : better kau mengaku. dah kahwen atau tunang? 
.
.
.
.
.
.
.

conclusion nye. dua dua belum kawen. A dengan C kena kelentong gile dengan B. but D tidak menipu ok. 
gelak tak ingat beta. HAHAHA.
kbye -.-

Wednesday, March 20, 2013

hmmm :)
kalau perasaan ini adalah ujian untuk ku. 
aku redha.
jika ini bukan masa nye. 
kau simpan kan la perasaan ini ya Allah.
aku rela berseorangan.
dari hanyut dengan cinta yang tak halal.

kau salurkan la perasaan ini,
dalam perhubungan yang halal.
suatu hari nanti.
jika dia.

tapi jika bukan dia.
kau jauhkan dia dari pandangan ku.
ingatan ku.

aku yakin dengan jawapan istikharah itu. 
jika itu memang takdir ku.

 amin amin amin.

p/s : lebih suke mendiam. tak do sape tahu. history will neber happen. cukup la :)


Tuesday, March 12, 2013

kenangan.

Assalamualaikum :)

hari Sabtu lepas enset lame aku dah siap. alhamdulillah. syukur sangat. gadget yang paling aku sayang sangat. even nampak murah, nampak klasik. banyak sangat memory. banyak :')

balik je malam tu. aku geledah enset tu. hehe. banyak kenangan lame. banyak sangat. ade yang comel, ade yang tak comel sangat (gambar aku laa). hehehe. sungguh rase malu dengan diri sendiri. jahiliyah sungguh mase muda muda. bughuk je perangai. haihhhh. 

mungkin ade hikmah enset tu berjaya disembuhkan. hmmm. aku dapat melihat kembali ape yang aku buat sebelum ini. dan dapat muhasabah. sungguh rase kerdil sangat. rase down sangat. rase entah. zaman nak UP mungkin time tu. bajet hebak hebak je. hmmm. :") 

lepas tengok je enset tu. hati aku terdetik sesuatu. hmmm. still. tak layak. 

by the way. i found one simple sentence kat saved page enset tu. yang buat aku rase. hmmmm.
really. who was him to me before ? kenape aku save lagi ayat tu. *pertanyaan kurang pandai*

'i hope one day we will meet'

shret shrettt. *lap air hidung*
mungkin dia dah lupe. mungkin. 

aku dah jumpe dah dia. siap lambai lagikkk kat MINES 2tahun lepas. muhahha. tipuuuu -.-

im not hoping for it anymore. even, you are the one who gave me that hope. :)
till now. melihat anda dari jauh adelah hobi saya (im not sure why i am doing it). saya doakan awak bahagia. bahagia dengan cara awak, hidup awak, cita cita awak. (macam dio bace). hihiks

p/s : may Allah ease our journey. 

Tuesday, March 5, 2013

:)

......................................
is that possible ?

possible. :)  

kuase Allah. 
pray pray and pray.
dont lose hope. 

dont :)



P/s : syiokk sendiri -.-

Sunday, March 3, 2013

.................................................................
my personality hasnt changed.
only my attitude.
my attitude depend on you.

but why kena directly proportional dengan aku ?

habis nak inversely proportional ke ? 

p/s : did i am changing so badly. sampai dia kelihatan marah sangat.

sigh*

Friday, March 1, 2013

.............................................................

biar kasar dari sesweeet. 
biar kecewa sekarang dari nanti.

sat lagi kalau dah sesweet.
lepas kawen
nak sweet tang mane dah awok ui.

hihiks. 

just saying :)

Wednesday, February 27, 2013

malam tadi dikejutkan dengan satu pertanyaan.
di jawab dengan baik.
tanpe menyakitkan hati.

tapi bile bangun pagi. 
 hati menangis.


terime kasih fatin. 
kau banyak tolong aku.
sungguh aku tak boleh nak senyum lagi lepas ape yang kau cakap.
ape yang aku boleh buat dari ape yang kau cakap. 
keep firm.

terime kasih. 
aku sayang kau.

Tuesday, February 26, 2013

kena bace. kena bace :)

bismillah :)
assalamualaikum.

Allah tu maha berkuase kan ? :)
bile Dia nak. Dia akan bagi.
ON THE SPOT :)

kenape aku kata cenggitu? sebab bagi aku. benda yang mustahil bagi aku. terjadi. seriously. sebenar nye tak mustahil sangat. tapi agak 'secara tibe tibe' perkara ini berlaku. 

ngehheee, ok la. cerita nye cenggini.

........................................................................................

tahun lepas family aku merancang nak pergi tunaikan umrah on this february. ha yeala february ni. nenek nak bawak adik aku(perempuan), adik sedara aku(lelaki). ok la. alhamdulillah. mereka dapat pergi. syukur syukur. aku sedih sangat tak dapat pergi. penat pujuk ibu. bagi hujah hujah yang bernas lagi realistil cenggitu. tapi tak lepas jugek. homai sedih sangat.

aku rindu sangat tempat tu. teramat rindu. teramat rindu nak tawaf, nak sai'e, nak usaha cium hajarul aswad. aku dah besar. aku boleh usaha sendiri pergi berpusu nak cium batu dari syurga tu. serious sedih. tapi aku yakin ade hikmah nye nape aku tak dapat pergi. serious. hurmm. *touching*

haaa. *sambung cerite*. 

dah lame kot depa rancang nak pergi umrah ni. 

*klimaks klimaks*. hihiks.

dalam bulan january. ibu dapat call dari pakcik. kata nye. adik aku. tak boleh pergi sebab dia perempuan. arab saudi punye ape benda tah tak leh nak lepas kan adik aku masuk sane tanpe mahram. ok la. mahram. ayah aku, abang sedara aku. itu je la. kami tak de adik beradik lelaki. weee. maksud nye ayah aku la kena pergi kan. 
ayah aku berat hati sikit. sebab duit banyak nak gune. dia pesara pun kan. apak kata. pakcik aku ade kat sane. mungkin boleh. tapi entahla benda tu tergantung je.
aku kata kat ayah aku. insyaAllah cukup. Allah panggil lagi tu. rezeki. tak semua dapat peluang gini. jadi tetamu Allah. Allah panggil tanpe perancangan ape ape pun. pergi je. serious. aku sebak bile dengar ape yang jadi.
petang tu jugak ayah aku buat pasport. hihiks.

aku banyak kali jugak kata. 
'ainil tak boleh pergi ke, nak pergi jugakkkkkkk' T.T

krik krikk krikkk. tak de sape layan -.-

lepas tu. semua nye dipermudahkan. bayaran semua nye. Alhamdulillah. dipermudahkan. sangat. time tu aku hanye boleh syukur je la. sebab memang Allah permudahkan perjalanan ayah aku ke sane. serius serius. 

alhamdulillah. mereka dah bertolak kelmarin dah :) dah sampai mungkin, tak sempat tanye. sebab kredit tiade pitis nye.
so sadd. -.-

ape yang aku nampak dari ape yang jadi. kite kena percaya 101% kat Allah. Dia boleh buat ape je yang Dia nak. in any way. any how. ape ape je. jadi, jangan kata mustahil. theres still posibility if you believe Allah always with you. pegang tu :)

p/s : kenape aku tak pernah nampak muke beliau di sem 1. tapi setiap hari nampak di sem 2 dalam kelas. mane dia datang ye. peliks. still mode 'malu badak'. hahaks.

Saturday, February 23, 2013

:')

........................................................

you never know how much important you are to me.
you never know how happy i am when you are in the same U as me.
you never know how sad i am with your words.
you never know.

you are my friend. 
till jannah.
before.

not now.
end :')


Thursday, February 21, 2013

sem 2 :)

assalamualaikum :)
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 

alhamdulillah. syukur sangat. Allah bagi aku peluang untuk bernafas lagi hari ni. 

semester 2 dah bermula. tengok jadual gua :)


memang insyaAllah mase aku banyak time pagi. like a boss you know. bangun geliat geliat badan. lepas tu bushhhh baring balik. sambil melihat rummate sedang bersiap. hihiks. jahat aku. 

ouh yeah. lupe lupe. result semester aku tersangat la teruk. sangat .__. tadi mase ambik slip kat PA. PA dalam gelak ketawa riang gembira kata result aku TAK OK. hahaks. serius kelakar. dia sangat comel. dengan nada nye itu. jadi, setelah ape yang berlaku. aku memang takkan dah memain macam sem satu.

she asked me, kenape boleh jadi cenggini. kenape result tak okey dan sewaktu nye. aku bagitahu dia semua ape yang aku buat. then dia reply kata. 

'bagusla kalau awak dah admit' (dalam nada gelak lagi okeis. cute sangat beliau. >.< )

i've doing bad thing in my semester one. sleep too much. online too much. leka sangat. sangat. dan sekarang ni. aku takkan buat lagi semua tu. (hopefully). 

NEVER !

eh eh. btw. Alhamdulillah. sem ni ade dua tanggungjawab aku pegang. entah macam mane. rezeki tu datang bergolek. syukur sangat. ade jugak pintu ruang terbukak untuk aku berbakti kepada agama Allah ni :) 

sekarang ni kena betulkan niat. kite belajar pandai pandai sebab kite nak berjaya. once kite berjaya. kite boleh berbakti kepada orang lain. kite boleh tegakkan agama Allah ni. bagi aku, itu tujuan aku belajar. bukan takat nak dapat gred tinggi tinggi. orang pujik kata 

'hebakk nye mu'

'wohhh pointer gile baq hang'

lepas tu jalan keliling orang. kembang hidung, kempis kembang pointer tinggi. puihh. hihiks.
ikhlaskan hati kerana Allah okeis :) insyaAllah ape yang anda pelajari diredhai Allah. 
jadi, marilah kite ikhlaskan hati kerana Allah. bukan kerana duniawi semata mata.
seimbangkan dua dua ye anak anak. 

ini yang terakhir. 
hati saya kelu bile nampak awak. harap tak nampak awak lagi. :| 

sekian untuk kali ini. :) 

p/s : do i look like kelantanese ? theres one guy ask me in his 'loghat'. do i come from kelantan. dah la tak pernah tegur. malu badak aku. 





Wednesday, February 20, 2013

......................................................
tibe tibe terjumpe ni.


bye. 

........................................................
T.T
semuga Allah menguatkan hati ini. 
sungguh, aku tak kuat. 
sampai demam demam. 

blog dah jadi tuiter aku. 
bye. 








..................................................
bile kebencian dah terpendam lame.
ape yang dibuat
semua nye salah.
semua nye nampak buruk.
nampak jahat.
kenangan lalu datang silih berganti
semuanye menyakitkan hati.
sangat.
buang benci tu ainil.
jangan biarkan syaitan menang.
husnuzan ainil.
please :]

demam T.T
nak balik.

Tuesday, February 19, 2013

...............................................

awak expect saya oke sedangkan saya pernah cube call awak dulu.
untuk bagitahu. 
but you ignored.
dont say i didnt try to tell you.
dont.

bye. 

Thursday, February 14, 2013

tangga itu.

assalamualaikum :)
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. :)

hurmmm. hows the iman level today ? semuga meningkat hendak nye. hehe. semuga kite istiqamah :").

esok last day duduk rumah. reluctant to go back. tapi perjuangan harus diteruskan. result pun suam suam ibu jari kaki je. memang kena struggle giles la sem depan. memang tak tersangka result yang aku akan dapat adelah sebegitu teruks nye. Allah. takpela. atleast benda tu buat aku sedar sangat. kite bukan selalu kat atas kan. :')

haa yea. tangga. :) hehe. malam tadi aku terpikir pasal tangga.

tetibe aku teringat peristiwa di bukit panorama. sepanjang panjang perjalanan tu tangga je -_- ekceli itu memang first time aku panjat bukit. BUKIT ok. baru bukit. hehe. bile semakin tinggi tangga tu. nafas aku semakin pendek. dada aku rase sempit. penat. sesak. stamina takde. jarang jogging. biase la kan. hehe, rummate aku pun. dia banyak kali kata.

'ainil, gerak dulu la. aku give up la.'

berulang kali dia kata gitu. aku pun yang kepenatan ni almost almost terikut. tapi bile terpikirkan permandangan bukit panorama yang cantik, indah lagi permai tu. aku kata.
jangan stop ainil. jangan. nanti kau akan kerugian. rugi datang jauh jauh. tapi tak sampai ke atas. hehe. aku kata kat rummate aku. takpe. kite daki slow slow. minyak angin semua kitorang pakat sapu. nak bagi hilang sempit dada tu. sejujurnye kami antara yang terakhir sampai kat puncak. orang atas dah pakat jerit dah bile nak sampai. he he. tak mengape la. asalkan sampai kan ?

at that time. aku tak terpikir pulak ape ape........

cume malam tadi, tetibe aku terpkir. hidup ni macam tangga jugak. kite ade satu tempat yang ingin di tuju. tapi sebelum kite sampai. kite kena tempuh macam macam perkara. semakin kite nak sampai tu. semakin berat ape yang kite perlu tempuh. berat sangat. tapi at the end. bile kite reach tujuan kite tu. kite akan rase. lega nye. Alhamdulillah. gembira nye rase. terharu. sebak. semua ade la kan. *drama pulek* macam aku juga. gilee tak excited duk atas bukit tu. sangat sangat lawa ciptaan Allah :')

kalau hati kite kuat. kite percaya kite boleh. percaya Allah ade dengan kite. insyaAllah. semua nye akan berjalan dengan lancar. adekah aku salah ? tolong betulkan. terime kasih :')

p/s : result aku kena troll dengan ump troll. ump troll tak tahu itu result aku. gile sentap. T.T

Saturday, January 26, 2013

sabar sabar. :')

assalamualaikum :)
hee. ape khabar iman kawan kawan ku ?
mohon bertambah kuat dan mantap. insyaAllah.

hari ni memang aku kurang sangat bercakap. aku tak de mood nak bercakap. setelah ape yang beliau lakukan. tak, aku tak sakit hati. cume sedih dengan care dia bergurau. dan jika awak betul betul nak tahu. its no :) jika ade rezeki. Allah akan bagi saya someone yang boleh bimbing saya. saya redha dengan pilihan Nye :") dan jika awak orang nye. saya redha je la anak saya tak comel nanti. ngehe. guraugurau.

haaa. its not the main story actually. he he. tadi mase kat pullman. kat putrajaya. kitorang keluar jalan jalan. dua kereta. dengan sepupu sepupu aku. well jalan jalan je la. then, kalau sape tahu. kat tepi pullman hotel tu ade tempat mandi, untuk budak budak punye. whurm. dorang tangkap gambar. lawa la kata nye. pengantin pengantin ramai tadi tangkap gambar. lawa cenggitu. ngeheh.

'ceklikcklikcklik'.

sepupu sepupu aku tangkap gambar dalam air. alaa tak dalam pun. pakat buku lali je punsss. semua masuk rendam kaki dalam air. tapi aku tak. aku duduk tepi je. then ade one part. aku nak tangkap gambar dengan mereka. tapi mereka dalam air. aku kat tepi. aku kata, aku nak jugak. nak jugak (perangai ngengade aku ni ler). hehe. lepas tu. sepupu aku cakap gini kat aku.

'kau ni dah kenape pakai stokin macam orang baru lepas pantang. tanggal la. masuk je dalam air ni'

lebih kurang gitu la. Allah. time tu aku hanye tersenyum saje. dan berlalu pergi. duduk kat tepi diam diam. ehhe aku redha dengan ayat ayat yang keluar dari mulut dia. yela. kami sepupu. cakap lepas its totally us. takpe. cume tersentap sikit. sikit je. Allah nak uji perjalanan hijrah aku ni kot. sobsobsob. sabar la ainil :')

aku tahu. bukan semua orang ade pendapat yang same. semua nye lain lain. dan aku sedar. aku sedar jika aku berubah. memang akan nampak. nampak care aku yang lain. yela sebelum ni huhahuha bagai nak rak. sekarang ni lebih rela menyendiri atau tidur di bilik(ayat cover kuat tidur). hehe. no offense anyway.

perjalanan hijrah aku masih terlalu jauh. jauh. aku kena kuat. aku kena banyak bersabar. 103 kali Allah sebut perkataan sabar dalam alquran. mesti banyak hikmah kalau kite sabar. sabar la ainil :) tabahkan hati Ainil. ainil kuat. ainil comel(tetibe). ehhee.


p/s : saya percaya saya akan bahagia jika Allah pilih awak untuk saya. bukan saya pilih awak.

Friday, January 25, 2013

malu sikit please ?

assalamualaikum.
ok la. banyak sangat aku update. tapi aku rase nak update jugak. biar la biar la. weekkkk.
hurm tadi aku keluar menghabiskan mase dengan kawan kawan aku. kat jusco je pun :)
alhamdulillah. seorang kawan aku dah start memulakan hijrah nye kearah lebih baik. syukur sangat, sejuk je melihat dia. semuge dia terus istiqamah dalam penghijrahan dia. amin amin. semuga kite juge always istiqamah dalam beramal kepada Allah. kumpul banyak banyak amal. muehheehe

bagi aku la. aku sangat la gembira tadi keluar. sebab hari ni. memang kaum adam kurang kat sane. senang bagi aku dan kawan aku meninjau baju dan semua nye mase kat jusco tadi. tak de lelaki. memang rase bebas je. cume aku kecewa sangat. tatkala jam menginjau ke jam 1.05p.m (ayat nak gah jugakkk kau -.-'). kelihatann lelaki islam masih berjalan jalan kat sekitar jusco. dan yang lagi memalukan. siap berpegangan tangan lagi dengan teman wanita yang cukup manis dan lawa. ciptaan Allah semua lawa lawa kan. :)

kecewa. mane tanggungjawab mereka ? tak ade rase malu ke mereka sebagai seorang islam. tak menunaikan kewajipan. Allahurabbi. tak takut ke mereka akan azab Allah. anda sakit ke ? tak dapat nak berjalan ? uzur ? pegang tangan makwe sebelah. larat pulak. aku tahu aku juga hamba Allah. hamba Allah yang hina. nak tegur pun. memang tak la. tapi tak de kesedaran ke lelaki tersebut akan tindakan yang di ambil ? tak malu ke ? aku sebagai seorang Islam malu dengan tindakan anda wahai lelaki. yang wanita nye juga. tanpe segan silu berjalan dengan laki. padahal takkan anda tak pikir. hari ape hari ni ? ishh. mungkin mereka terlupa. mungkin. :')

hrmm. sedih. takpela. mungkin, mungkin dia tak sedar lagi akan tanggungjawab yang dia ade sebagai seorang muslim. jum kite same same doa :) doa muge mereka dapat hidayah daripada Allah. takut. takut dengan Allah. takut dengan azab Nye. :'(


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

teringin nak jadi orang yang lalai ? :'(

p/s : jumpe cikgu tadi. rase nak peluk. rindu :')



Thursday, January 24, 2013

#hobi ke?

assalamualaikum :)
hehe. suke update blog lately ni. :)
suke tulis and tulis. walaupun tak de isi sangat. at least ade gak terisi sikit. and mungkin ade yang bace kan kan.

hurmm. nak kata cuti ni bosan. memang la bosan. tapi lagi bahagia duduk kat rumah. bahagia nyeeeeeee. hehe. makan anytime je kau nak ape. kat dapur ade. carikk je. hehe. kalau kat sane tu sane tu. memang sedih dan syahdu je rase. tapi tapi. ape ape pun. syukur :) walaupun makan susah nak dapat. tapi rezeki tetap ade kan kan :)

haaa yeap. time cuti ni. aku ade try skill baru. hehe, skill menjahit. actually its not the skill. but im trying to sew. sew something. sejarah menjahit pun tak de dalam hidup aku. aku tak pandai. pandai jahit poket baju sekolah yang koyak tu je la yang aku selalu buat. *dan bape lame aku dah tinggalkan sekolah dah -.-
heehe.

ni la hasil nye. nak kata buruk, nampak comel. tapi jahitan nye sangat sangat tak kemas. sebenar nye ingat nak buatkan untuk birthday kawan aku, tapi bile pikir balik. hishhh. malu je. yeap. memang usaha kite. tapi segannnyee. hihi. tapi takpelaaa. nak try buat banyak banyak. insyaAllah (kalau rajin). hehe.
btw. ni la hasil nye :)


ok gile segan -.-

irfan said. dia dah reti buat pencil box. ok la. fine adik adik. saya try buat pencil box nanti. nanti ye. sekarang nak majukan jahitan dulu. jap lagi kalau aku buat pencil box, bagi orang. orang segan nak pakai. T.T 

p/s : memasak ? esok esok. hehe. 

Wednesday, January 23, 2013

perkenalan :)

assalamualaikum. :)
salam maulidur rasul. selawat banyak banyak. tapi ingat tau, bukan selawat time maulud je. selawat tiap hari tiap mase. insyaAllah.

nak cerita ni. hehee.
semalam. aku on FB. tibe tibe hati aku tergerak untuk bace info seorang muslimah ni. muslimah ni aku add dia. sebab aku nampak dia kat group CACA.(cinta Allah Cinta Abadi). banyak post post dia kat group tu yang sangat sangat berguna. aku tengok. dia rupenye kawan amal(rumate aku mase kat matriks). ngehee. kebetulan je. aku terkesima bace info dia(ayat nak gah je). panjang. tapi walaupun panjang. aku berminat nak bace. hampir nak habis ayat tu. dia kata.dia nak jadi muslimah yang solehah buat Allah, rasul, mak ayah dan juga suami(insyaAllah). dia suruh orang doakan dia supaya istiqamah. Allah. aku terpana bace. sangat.

aku nampak dia online. aku tegur dia. tak tahu kenape. excited nye aku tunggu dia reply setiap text aku. macam tengah tunggu seorang yang sangat popular untuk reply text kite. sangat ! huhu. aku malu sangat sebenarnye. tapi aku buang malu aku. aku kata aku nak kenal dia. aku nekad sangat semalam. lepas je taaruf. aku terus tanye dia. macam mane nak istiqamah. dia jawab. (dia bahasekan diri dia ana)

istiqamah memang susah nak capai. tapi ape yang ana selalu buat, contoh solat pada awal waktu. contoh if satu hari tu ana solat lambat walau satu minit pun. ana akan denda diri ana. ana akan bace alquran sampai ana rase ana tak larat nak bace. itu yang ana selalu praktikkan. 

terpana aku dengan jawapan dia. dengan jawapan yang pendek dan cukup padu tu je. air mata aku dah mengalir dah. dapat kat aku. masuk waktu kul 1.30. kul 1.45 baru nak solat. kadang pukul 2. Allah. malu sangat aku dengan dia. aku nak Allah sayang aku. tapi nak jumpe, sembah Dia pun lengah lengah. memang mendalam ape yang dia kata kat aku. hehe. aku kongsi dengan dia ape yang aku rase. dia kata. jangan fokus dengan benda yang dah lepas. pandang ke depan. jangan fikirkan. sebab nanti aku akan teringat dan hilang fokus.

 aku cemburu dengan dia. selalu tengok dia post kat fb kul 4-5 pagi. hishhh. jauh lagi tu aku nak jadi macam dia atau lebih baik dari dia. jauh lagi perjalanan aku untuk jadi seperti dia. walaupun umur kami same. tapi takpe la. setiap hari kite boleh baiki hidup kite kan. jangan terlalu kejar duniawi. sampai lupe akhirat. Allahurabbi. rase  rendah sangat diri kite ni. bile pandang ade manusia yang lebih dari kite dalam mencintai pencipta kite sendiri.

haaa yea. (tetibe). hehe.

aku ingat sangat pesan ibu. ibu marah kitorang dengar lagu korea or hiburan semua. ibu kata.

mase sekarang dah jalan cepat sangat. jangan leka. banyakkan amal. daripada dengar hiburan. baikk banyak kan selawat dari dengar semua tu. 

mendalam sangat sangat. bile ibu kata 'mase dah jalan cepat sangat' tu. rase takut tak sempat nak kumpul amal banyak banyak untuk bawak kat akhirat sane. Allahuakbar. jum jum. kite berubah kepada yang lebih baik. kite jage solat kite, kumpul banyak banyak amal kite. berubah kerana Allah. kerana nak redha Dia. nak berada di samping Dia kat syurga kelak. jangan kerana nak ikut orang. set set ! haaa ye. berubah memang senang sangat ye. just change je. tapi nak istiqamah tu. masyaAllah. perit. >.<

aku sangat sangat happy sekarang ni. aku mule sedar macam macam. aku just nk mintak. tolong doakan muge aku istiqamah. :') sebab bagi aku. istiqamah itu yang paling susah sangat :/
ehhe. ainil tetap ainil yang same. dont worry. cume misi dan visi dah bertukar. umur semakin meningkat. kematian bole datang bile bile je. masyaAllah.

jazzakallahu khair :) hehe.

p/s : selawat banyak banyak :)




Tuesday, January 22, 2013

weh (bukan name sebenar)

assalamualaikum. heee.
hari ni aku senyum lebar sikit. :)
dari hari isnin i've been waiting for this thing. semalam aku dah give up. sebab aku tunggu je posmen singgah rumah aku. tapi takde. so hari ni tak tunggu. alih alih muncul. ingatkan salah alamat. hehe.
what things ? this things. ngeeeeeeeeee. excited pulokk. tapi kali ni tak surprise sebab dia dah bagitahu kedatangan 'thing' ni. so, aku tunggu je la. he he.

woihhh kawan ku. terime kasih ye wehhh. tak tahu nak kata ape. kenape la kau beracting sweeet sangat sangat dengan aku. aku cume boleh kata thanks je. birthday kau pun aku salah tarikh tahun lepas. its 12.11.93 kan ? ok. ingat. always akan aku ingat. hehe :)

yup. ini laa thing nye. comel je.



sebelum ni that pos laju thing. hari ni kad. aku sangat terharu T.T huhuhu.
btw. aku tak kisah pun tentang kad nye bentuk ape pun. but its the content. 

dear wehh. insyaAllah kite akan kawan sampai jannah. don worry. aku always doakan kau dapat yang terbaikk dalam ape jua perkara. haaa. weh. its 23.9.11 the date where you add me kat FB. hehe. (tengok friendship). aku pun tak sangka sangat sangat yang kite akan jadi kawan. kawan yang always kongsi ape pun. eh aku je kot yang banyak kongsi. hihi.

aku pun mintak maaf sangat, dengan perangai aku. everything. buat kau sakit hati. terase. aku mintak maaafff sangat sangat. aku hargai ape yang kau buat. aku gembira :) tak sangka laaakkkk kawan aku sorang ni pandai buat sesweeet dengan aku kan kan :) 

aku harap tahun ni aku tak lupe birthday kau lagi. aku janji. insyaAllah. aku letak kat reminder. kat locker. kasi ingat. hehehe. cume lambat nye birthday kau. mude betul kawan kawan aku ni. btw. u made my birthday become so special this year. i dun care about the things. that surprise buat aku rase heppy. tak expect pun. terime kasih :') hehe. 

p/s : weh terpakse digunekan. dia hotstuff.



17jan :)

assalamualaikum :)
its 17january. the date bile aku dilahirkan. di hospital tengku ampuan rahimah. hehe.
yeah. imma
t w e n t y !

terime kasih ibu apak :) 
i love youuuuu. 

hee. alhamdulillah. ade lagi umur untuk bernafas. hehe. hari jadi adelah hari yang biase. sangat biase. ye betul. tapi ianye akan jadi luar biase bile kite tahu kite sedar kite dah makin besar. kite kena lebih matang, dan juge. ianye akan jadi special bile orang yang kite nak dia ingat. ingat birthday kite :) hehe.

terime kasih kepada kawan kawan aku yang wish. especially untuk dia. aku tahu kau dah taip msg tu awal awal and anta tepat pukul dua belas kan, since text tu 3-4 page -.- aku memang expect sangat kau msg. but aku sangat sangat tak expect kau wish the first and yeahhhh. akhir nye kau msg juga. tersangat la sedih aku jumpe kau tapi tak tegur. sebab perang dingin kite. hrmmm. btw. yehaa yehaaa. tengok tengok.

surpriseeee ! 



sebenar nye aku sangat laaa terkejut. sebab im not expecting much from youuu. really. thanks. sangat sangat. memang lebar senyum aku time tu. aku sangat tak sangka. sanggup kau hantar post laju. bukan kite baru balik ke 14 hari tu ? haihhh. hahah. nasib baik tulisan kau kecik. and ayah aku tak dapat bace. and bile dia tanye. aku pun tak tahu sape bagi. since aku pun terkejut sape pulak bagi. tak mungkin DIA ? :')
wehh. thanks for being my friends. aku sayang kau :') hehee. kau kawan aku sampai bebile. thankswehh. at least you cheer me up by ths surprise. cume aku tak haarap kau jadi sesweeet ini. nanti tahun depan aku berharap pulak depan pintu tunggu post laju lagi kang ha :P ehhe. 

thanks to fatin also :) hehe. dia nyanyi untuk aku. and quite touch tak dapat jadi yang pertama. he took the place. hee. takpe. kau still kawan baikk akuu :) aku syg kauuuuu lagi banyak dari dia. ingat tuuuu ! terime kasih ingat birthday aku :) 

now im am 20. is a big number kan. dah dua dekad. dah takkan jumpe teen lagi. and 3-4 tahun lagi. mungkin aku akan kahwen. wallaaaaaa. memang tak percaya. time dedulu darjah satu. suke kire bile tahun 2020 memang akan dah kawen. ok. macam tak de kaitan -.- haha. for now. nak concentrate study. aku nak kawan dengan semua orang yang boleh bawak aku jadi lebih baik. 

jum jadi baik kawan kawan. heee. 

p/s : aku masih tunggu kad kau tu -.- and alhamdulillah. laptop dah elok. aku tak single dah. kbye :)



Tuesday, January 15, 2013

end of semester 1 :)

assalamualaikum.
hai blog. start hari ni. kau la tempat aku meluahkan cerita aku mungkin. sebab tak de sape nak dengar cerita aku lagi dah. muhehe.

alhamdulillah.semester1 dah berakhir dah. lega sangat. walaupun. aku yang terakhir balik kat bilik aku (sedih woo, habis paper lambat). hehe. tapi takpe la. at that 'alone' time. memang banyak aku dapat. aku sedar, aku tak sensorang. Allah ade dengan aku. hurmm.
paper exam agak tough especially Ordinary differential equation. bagi aku kan. memang menguji kesabaran aku bile semua nota ade dalam laptop.tapi laptop aku rossak T.T teruk sangat aku rase. and mase last paper. memang aku redhaa satu chapter bace gitu je. hihi.

banyak aku belajar dari sem ni. banyak. kadang aku pikir, buat aku rase takut dengan mase depan. ape yang akan jadi pada mase depan aku. semuge semua nye baik baik je kan. aku mintak maaf sangat kalau ade buat salah kat sesape. (macam la semua kengkawan aku ade blog). kekeke.

haaa. mase sehari sebelum paper organic kan. anak kawan apak yang aku kenal through meseg je. meseg ajak makan sesame. huhu. aku tersangat la segan. segan sangat. perempuan je pun. tapi aku tetap segan. lepas tu aku kata, aku dah makan.(bukan alasan ok). so tak de la jumpe. tadi aku cerita kat ibu. ibu marah aku.. ibu tanye, kenape aku perlu segan. pergi je la. ibu marah aku, tempat satu U. satu kawasan. jangan nak menyomobong pulak.  tapi masalah nye aku memang penyegan. lepas tu aku ade cerita kat ibu. dia nak aku pergi rumah dia ka terengganu. apak tibe tibe masuk perbualan and bagitahu.

pakcik tu memang nak jumpe kau.

arh sudah. kenape pulakk. hehe. dah umur 20 ni. memang mulut aku lepas sikit. terus aku tanye ayah aku.

pakcik tu nak jumpe sangat. dia ade anak lelaki ke ? kekeke -.-

hehe. aku bukan ape. aku memang segan sikit nk jumpe and beramah mesra dengan orang yang aku tak kenal langsung. malu nyee lahai T.T
nampak nye memang kena jumpe dia laa naik sem ni. and mybe akak tu boleh tolong aku. since dia budak kimia. yeaha yeaha -.- hehe.

sem depan memang aku nak concentrate study. sebab aku dah tahu kalau tak dapat 3 pointer. JPA akan bagi surat cinta kat aku. habislaa aku sem ni. memang habis T.T takpe la. we learn from the past kan kan ? :)
ade hikmah ape yang berlaku kat sem1 ni. semua nye mengajar aku. and aku takkan buat lagi. aku sedar aku masih tak matang untuk itu. aku kena adapt dengan perangai aku sendiri dulu. baru aku dapat adapt dengan perangai others :) heee.

p/s : sampaikan salam rindu ku ya Allah :')

Tuesday, January 8, 2013

masyaAllah.

assalamualaikum.
post ini saya copy paste dari satu group. saya harap anda semua ambik iktibar dari ape yang ingin disampaikan :)

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

... Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.

Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan,


p/s : jauhkan kami semua dari perkara ini ya Allah :')


Tuesday, January 1, 2013

20 :)

assalamualaikum :)
yeahh january is coming. coming and coming. aku tak tahu kenape. its kinda excited since aku cuti mase birthday aku. cuti tahu ? cutiii ~ hehe. nak spend one full day dengan family. nak mintak ibu masak sedap sedap. ehhee.

semalam kan, tengah malam. aku text bestfriend forever aku. ngeh ngeh.
aku cakap.

'azam aku. aku tak nak ade sape sape in this 2013. tolong ingatkan aku weh. huhu'

ok. itu memang aku akan pegang untuk 2013 ni. its 20 already. im not a teen anymore. if someone nak kat aku. kau pergi jumpe mak ayah aku. kalau kau tak berani. jangan harap nak dekat aku. pergh perghh. ayat.

 biarla concentrate study dulu. aku tak boleh nak jage siape siape lagi. nak jage diri sendiri pun tak mampu lagi. biar la dulu. biar la dulu. aku sedia kan diri aku. sebaik mungkin untuk menjadi seorang isteri yang baik. kalau ade hubungan time ni pun. banyak dose je aku buat. kawen nye tak tentu idakk kan ?

aku harap 2013 is much better than years yang sebelum ni. kite tak tahu ape akan jadi kat kite. pada mase depan. jage diri baik baik. jangan bagi sape sape pijak kepala kite. amik kesempatan kat kite.

haritu aku ade scroll fb lame aku. and aku jumpe status ni. hiii. its kinda sweet sebab pemikiran aku dulu lagi matang dari sekarang -.-' haihhh. so, starting from now. aku akan always pegang hati aku. jage hati aku. takkan bagi orang pegang. takkan :) its never be happen again. never. semuga dosa aku dengan dia diampunkan semase kitorang 'ade ape ape dulu' :')

tengok ni :)



btw. arghhhhhhhhhhhhh. its really, im 20 already. terime la hakikat. oh ibu. nak kawen. kbye, hihik.