assalamualaikum. :)
salam maulidur rasul. selawat banyak banyak. tapi ingat tau, bukan selawat time maulud je. selawat tiap hari tiap mase. insyaAllah.
nak cerita ni. hehee.
semalam. aku on FB. tibe tibe hati aku tergerak untuk bace info seorang muslimah ni. muslimah ni aku add dia. sebab aku nampak dia kat group CACA.(cinta Allah Cinta Abadi). banyak post post dia kat group tu yang sangat sangat berguna. aku tengok. dia rupenye kawan amal(rumate aku mase kat matriks). ngehee. kebetulan je. aku terkesima bace info dia(ayat nak gah je). panjang. tapi walaupun panjang. aku berminat nak bace. hampir nak habis ayat tu. dia kata.dia nak jadi muslimah yang solehah buat Allah, rasul, mak ayah dan juga suami(insyaAllah). dia suruh orang doakan dia supaya istiqamah. Allah. aku terpana bace. sangat.
aku nampak dia online. aku tegur dia. tak tahu kenape. excited nye aku tunggu dia reply setiap text aku. macam tengah tunggu seorang yang sangat popular untuk reply text kite. sangat ! huhu. aku malu sangat sebenarnye. tapi aku buang malu aku. aku kata aku nak kenal dia. aku nekad sangat semalam. lepas je taaruf. aku terus tanye dia. macam mane nak istiqamah. dia jawab. (dia bahasekan diri dia ana)
istiqamah memang susah nak capai. tapi ape yang ana selalu buat, contoh solat pada awal waktu. contoh if satu hari tu ana solat lambat walau satu minit pun. ana akan denda diri ana. ana akan bace alquran sampai ana rase ana tak larat nak bace. itu yang ana selalu praktikkan.
terpana aku dengan jawapan dia. dengan jawapan yang pendek dan cukup padu tu je. air mata aku dah mengalir dah. dapat kat aku. masuk waktu kul 1.30. kul 1.45 baru nak solat. kadang pukul 2. Allah. malu sangat aku dengan dia. aku nak Allah sayang aku. tapi nak jumpe, sembah Dia pun lengah lengah. memang mendalam ape yang dia kata kat aku. hehe. aku kongsi dengan dia ape yang aku rase. dia kata. jangan fokus dengan benda yang dah lepas. pandang ke depan. jangan fikirkan. sebab nanti aku akan teringat dan hilang fokus.
aku cemburu dengan dia. selalu tengok dia post kat fb kul 4-5 pagi. hishhh. jauh lagi tu aku nak jadi macam dia atau lebih baik dari dia. jauh lagi perjalanan aku untuk jadi seperti dia. walaupun umur kami same. tapi takpe la. setiap hari kite boleh baiki hidup kite kan. jangan terlalu kejar duniawi. sampai lupe akhirat. Allahurabbi. rase rendah sangat diri kite ni. bile pandang ade manusia yang lebih dari kite dalam mencintai pencipta kite sendiri.
haaa yea. (tetibe). hehe.
aku ingat sangat pesan ibu. ibu marah kitorang dengar lagu korea or hiburan semua. ibu kata.
mase sekarang dah jalan cepat sangat. jangan leka. banyakkan amal. daripada dengar hiburan. baikk banyak kan selawat dari dengar semua tu.
mendalam sangat sangat. bile ibu kata 'mase dah jalan cepat sangat' tu. rase takut tak sempat nak kumpul amal banyak banyak untuk bawak kat akhirat sane. Allahuakbar. jum jum. kite berubah kepada yang lebih baik. kite jage solat kite, kumpul banyak banyak amal kite. berubah kerana Allah. kerana nak redha Dia. nak berada di samping Dia kat syurga kelak. jangan kerana nak ikut orang. set set ! haaa ye. berubah memang senang sangat ye. just change je. tapi nak istiqamah tu. masyaAllah. perit. >.<
aku sangat sangat happy sekarang ni. aku mule sedar macam macam. aku just nk mintak. tolong doakan muge aku istiqamah. :') sebab bagi aku. istiqamah itu yang paling susah sangat :/
ehhe. ainil tetap ainil yang same. dont worry. cume misi dan visi dah bertukar. umur semakin meningkat. kematian bole datang bile bile je. masyaAllah.
jazzakallahu khair :) hehe.
p/s : selawat banyak banyak :)
No comments:
Post a Comment