Saturday, January 26, 2013

sabar sabar. :')

assalamualaikum :)
hee. ape khabar iman kawan kawan ku ?
mohon bertambah kuat dan mantap. insyaAllah.

hari ni memang aku kurang sangat bercakap. aku tak de mood nak bercakap. setelah ape yang beliau lakukan. tak, aku tak sakit hati. cume sedih dengan care dia bergurau. dan jika awak betul betul nak tahu. its no :) jika ade rezeki. Allah akan bagi saya someone yang boleh bimbing saya. saya redha dengan pilihan Nye :") dan jika awak orang nye. saya redha je la anak saya tak comel nanti. ngehe. guraugurau.

haaa. its not the main story actually. he he. tadi mase kat pullman. kat putrajaya. kitorang keluar jalan jalan. dua kereta. dengan sepupu sepupu aku. well jalan jalan je la. then, kalau sape tahu. kat tepi pullman hotel tu ade tempat mandi, untuk budak budak punye. whurm. dorang tangkap gambar. lawa la kata nye. pengantin pengantin ramai tadi tangkap gambar. lawa cenggitu. ngeheh.

'ceklikcklikcklik'.

sepupu sepupu aku tangkap gambar dalam air. alaa tak dalam pun. pakat buku lali je punsss. semua masuk rendam kaki dalam air. tapi aku tak. aku duduk tepi je. then ade one part. aku nak tangkap gambar dengan mereka. tapi mereka dalam air. aku kat tepi. aku kata, aku nak jugak. nak jugak (perangai ngengade aku ni ler). hehe. lepas tu. sepupu aku cakap gini kat aku.

'kau ni dah kenape pakai stokin macam orang baru lepas pantang. tanggal la. masuk je dalam air ni'

lebih kurang gitu la. Allah. time tu aku hanye tersenyum saje. dan berlalu pergi. duduk kat tepi diam diam. ehhe aku redha dengan ayat ayat yang keluar dari mulut dia. yela. kami sepupu. cakap lepas its totally us. takpe. cume tersentap sikit. sikit je. Allah nak uji perjalanan hijrah aku ni kot. sobsobsob. sabar la ainil :')

aku tahu. bukan semua orang ade pendapat yang same. semua nye lain lain. dan aku sedar. aku sedar jika aku berubah. memang akan nampak. nampak care aku yang lain. yela sebelum ni huhahuha bagai nak rak. sekarang ni lebih rela menyendiri atau tidur di bilik(ayat cover kuat tidur). hehe. no offense anyway.

perjalanan hijrah aku masih terlalu jauh. jauh. aku kena kuat. aku kena banyak bersabar. 103 kali Allah sebut perkataan sabar dalam alquran. mesti banyak hikmah kalau kite sabar. sabar la ainil :) tabahkan hati Ainil. ainil kuat. ainil comel(tetibe). ehhee.


p/s : saya percaya saya akan bahagia jika Allah pilih awak untuk saya. bukan saya pilih awak.

Friday, January 25, 2013

malu sikit please ?

assalamualaikum.
ok la. banyak sangat aku update. tapi aku rase nak update jugak. biar la biar la. weekkkk.
hurm tadi aku keluar menghabiskan mase dengan kawan kawan aku. kat jusco je pun :)
alhamdulillah. seorang kawan aku dah start memulakan hijrah nye kearah lebih baik. syukur sangat, sejuk je melihat dia. semuge dia terus istiqamah dalam penghijrahan dia. amin amin. semuga kite juge always istiqamah dalam beramal kepada Allah. kumpul banyak banyak amal. muehheehe

bagi aku la. aku sangat la gembira tadi keluar. sebab hari ni. memang kaum adam kurang kat sane. senang bagi aku dan kawan aku meninjau baju dan semua nye mase kat jusco tadi. tak de lelaki. memang rase bebas je. cume aku kecewa sangat. tatkala jam menginjau ke jam 1.05p.m (ayat nak gah jugakkk kau -.-'). kelihatann lelaki islam masih berjalan jalan kat sekitar jusco. dan yang lagi memalukan. siap berpegangan tangan lagi dengan teman wanita yang cukup manis dan lawa. ciptaan Allah semua lawa lawa kan. :)

kecewa. mane tanggungjawab mereka ? tak ade rase malu ke mereka sebagai seorang islam. tak menunaikan kewajipan. Allahurabbi. tak takut ke mereka akan azab Allah. anda sakit ke ? tak dapat nak berjalan ? uzur ? pegang tangan makwe sebelah. larat pulak. aku tahu aku juga hamba Allah. hamba Allah yang hina. nak tegur pun. memang tak la. tapi tak de kesedaran ke lelaki tersebut akan tindakan yang di ambil ? tak malu ke ? aku sebagai seorang Islam malu dengan tindakan anda wahai lelaki. yang wanita nye juga. tanpe segan silu berjalan dengan laki. padahal takkan anda tak pikir. hari ape hari ni ? ishh. mungkin mereka terlupa. mungkin. :')

hrmm. sedih. takpela. mungkin, mungkin dia tak sedar lagi akan tanggungjawab yang dia ade sebagai seorang muslim. jum kite same same doa :) doa muge mereka dapat hidayah daripada Allah. takut. takut dengan Allah. takut dengan azab Nye. :'(


Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

teringin nak jadi orang yang lalai ? :'(

p/s : jumpe cikgu tadi. rase nak peluk. rindu :')



Thursday, January 24, 2013

#hobi ke?

assalamualaikum :)
hehe. suke update blog lately ni. :)
suke tulis and tulis. walaupun tak de isi sangat. at least ade gak terisi sikit. and mungkin ade yang bace kan kan.

hurmm. nak kata cuti ni bosan. memang la bosan. tapi lagi bahagia duduk kat rumah. bahagia nyeeeeeee. hehe. makan anytime je kau nak ape. kat dapur ade. carikk je. hehe. kalau kat sane tu sane tu. memang sedih dan syahdu je rase. tapi tapi. ape ape pun. syukur :) walaupun makan susah nak dapat. tapi rezeki tetap ade kan kan :)

haaa yeap. time cuti ni. aku ade try skill baru. hehe, skill menjahit. actually its not the skill. but im trying to sew. sew something. sejarah menjahit pun tak de dalam hidup aku. aku tak pandai. pandai jahit poket baju sekolah yang koyak tu je la yang aku selalu buat. *dan bape lame aku dah tinggalkan sekolah dah -.-
heehe.

ni la hasil nye. nak kata buruk, nampak comel. tapi jahitan nye sangat sangat tak kemas. sebenar nye ingat nak buatkan untuk birthday kawan aku, tapi bile pikir balik. hishhh. malu je. yeap. memang usaha kite. tapi segannnyee. hihi. tapi takpelaaa. nak try buat banyak banyak. insyaAllah (kalau rajin). hehe.
btw. ni la hasil nye :)


ok gile segan -.-

irfan said. dia dah reti buat pencil box. ok la. fine adik adik. saya try buat pencil box nanti. nanti ye. sekarang nak majukan jahitan dulu. jap lagi kalau aku buat pencil box, bagi orang. orang segan nak pakai. T.T 

p/s : memasak ? esok esok. hehe. 

Wednesday, January 23, 2013

perkenalan :)

assalamualaikum. :)
salam maulidur rasul. selawat banyak banyak. tapi ingat tau, bukan selawat time maulud je. selawat tiap hari tiap mase. insyaAllah.

nak cerita ni. hehee.
semalam. aku on FB. tibe tibe hati aku tergerak untuk bace info seorang muslimah ni. muslimah ni aku add dia. sebab aku nampak dia kat group CACA.(cinta Allah Cinta Abadi). banyak post post dia kat group tu yang sangat sangat berguna. aku tengok. dia rupenye kawan amal(rumate aku mase kat matriks). ngehee. kebetulan je. aku terkesima bace info dia(ayat nak gah je). panjang. tapi walaupun panjang. aku berminat nak bace. hampir nak habis ayat tu. dia kata.dia nak jadi muslimah yang solehah buat Allah, rasul, mak ayah dan juga suami(insyaAllah). dia suruh orang doakan dia supaya istiqamah. Allah. aku terpana bace. sangat.

aku nampak dia online. aku tegur dia. tak tahu kenape. excited nye aku tunggu dia reply setiap text aku. macam tengah tunggu seorang yang sangat popular untuk reply text kite. sangat ! huhu. aku malu sangat sebenarnye. tapi aku buang malu aku. aku kata aku nak kenal dia. aku nekad sangat semalam. lepas je taaruf. aku terus tanye dia. macam mane nak istiqamah. dia jawab. (dia bahasekan diri dia ana)

istiqamah memang susah nak capai. tapi ape yang ana selalu buat, contoh solat pada awal waktu. contoh if satu hari tu ana solat lambat walau satu minit pun. ana akan denda diri ana. ana akan bace alquran sampai ana rase ana tak larat nak bace. itu yang ana selalu praktikkan. 

terpana aku dengan jawapan dia. dengan jawapan yang pendek dan cukup padu tu je. air mata aku dah mengalir dah. dapat kat aku. masuk waktu kul 1.30. kul 1.45 baru nak solat. kadang pukul 2. Allah. malu sangat aku dengan dia. aku nak Allah sayang aku. tapi nak jumpe, sembah Dia pun lengah lengah. memang mendalam ape yang dia kata kat aku. hehe. aku kongsi dengan dia ape yang aku rase. dia kata. jangan fokus dengan benda yang dah lepas. pandang ke depan. jangan fikirkan. sebab nanti aku akan teringat dan hilang fokus.

 aku cemburu dengan dia. selalu tengok dia post kat fb kul 4-5 pagi. hishhh. jauh lagi tu aku nak jadi macam dia atau lebih baik dari dia. jauh lagi perjalanan aku untuk jadi seperti dia. walaupun umur kami same. tapi takpe la. setiap hari kite boleh baiki hidup kite kan. jangan terlalu kejar duniawi. sampai lupe akhirat. Allahurabbi. rase  rendah sangat diri kite ni. bile pandang ade manusia yang lebih dari kite dalam mencintai pencipta kite sendiri.

haaa yea. (tetibe). hehe.

aku ingat sangat pesan ibu. ibu marah kitorang dengar lagu korea or hiburan semua. ibu kata.

mase sekarang dah jalan cepat sangat. jangan leka. banyakkan amal. daripada dengar hiburan. baikk banyak kan selawat dari dengar semua tu. 

mendalam sangat sangat. bile ibu kata 'mase dah jalan cepat sangat' tu. rase takut tak sempat nak kumpul amal banyak banyak untuk bawak kat akhirat sane. Allahuakbar. jum jum. kite berubah kepada yang lebih baik. kite jage solat kite, kumpul banyak banyak amal kite. berubah kerana Allah. kerana nak redha Dia. nak berada di samping Dia kat syurga kelak. jangan kerana nak ikut orang. set set ! haaa ye. berubah memang senang sangat ye. just change je. tapi nak istiqamah tu. masyaAllah. perit. >.<

aku sangat sangat happy sekarang ni. aku mule sedar macam macam. aku just nk mintak. tolong doakan muge aku istiqamah. :') sebab bagi aku. istiqamah itu yang paling susah sangat :/
ehhe. ainil tetap ainil yang same. dont worry. cume misi dan visi dah bertukar. umur semakin meningkat. kematian bole datang bile bile je. masyaAllah.

jazzakallahu khair :) hehe.

p/s : selawat banyak banyak :)




Tuesday, January 22, 2013

weh (bukan name sebenar)

assalamualaikum. heee.
hari ni aku senyum lebar sikit. :)
dari hari isnin i've been waiting for this thing. semalam aku dah give up. sebab aku tunggu je posmen singgah rumah aku. tapi takde. so hari ni tak tunggu. alih alih muncul. ingatkan salah alamat. hehe.
what things ? this things. ngeeeeeeeeee. excited pulokk. tapi kali ni tak surprise sebab dia dah bagitahu kedatangan 'thing' ni. so, aku tunggu je la. he he.

woihhh kawan ku. terime kasih ye wehhh. tak tahu nak kata ape. kenape la kau beracting sweeet sangat sangat dengan aku. aku cume boleh kata thanks je. birthday kau pun aku salah tarikh tahun lepas. its 12.11.93 kan ? ok. ingat. always akan aku ingat. hehe :)

yup. ini laa thing nye. comel je.



sebelum ni that pos laju thing. hari ni kad. aku sangat terharu T.T huhuhu.
btw. aku tak kisah pun tentang kad nye bentuk ape pun. but its the content. 

dear wehh. insyaAllah kite akan kawan sampai jannah. don worry. aku always doakan kau dapat yang terbaikk dalam ape jua perkara. haaa. weh. its 23.9.11 the date where you add me kat FB. hehe. (tengok friendship). aku pun tak sangka sangat sangat yang kite akan jadi kawan. kawan yang always kongsi ape pun. eh aku je kot yang banyak kongsi. hihi.

aku pun mintak maaf sangat, dengan perangai aku. everything. buat kau sakit hati. terase. aku mintak maaafff sangat sangat. aku hargai ape yang kau buat. aku gembira :) tak sangka laaakkkk kawan aku sorang ni pandai buat sesweeet dengan aku kan kan :) 

aku harap tahun ni aku tak lupe birthday kau lagi. aku janji. insyaAllah. aku letak kat reminder. kat locker. kasi ingat. hehehe. cume lambat nye birthday kau. mude betul kawan kawan aku ni. btw. u made my birthday become so special this year. i dun care about the things. that surprise buat aku rase heppy. tak expect pun. terime kasih :') hehe. 

p/s : weh terpakse digunekan. dia hotstuff.



17jan :)

assalamualaikum :)
its 17january. the date bile aku dilahirkan. di hospital tengku ampuan rahimah. hehe.
yeah. imma
t w e n t y !

terime kasih ibu apak :) 
i love youuuuu. 

hee. alhamdulillah. ade lagi umur untuk bernafas. hehe. hari jadi adelah hari yang biase. sangat biase. ye betul. tapi ianye akan jadi luar biase bile kite tahu kite sedar kite dah makin besar. kite kena lebih matang, dan juge. ianye akan jadi special bile orang yang kite nak dia ingat. ingat birthday kite :) hehe.

terime kasih kepada kawan kawan aku yang wish. especially untuk dia. aku tahu kau dah taip msg tu awal awal and anta tepat pukul dua belas kan, since text tu 3-4 page -.- aku memang expect sangat kau msg. but aku sangat sangat tak expect kau wish the first and yeahhhh. akhir nye kau msg juga. tersangat la sedih aku jumpe kau tapi tak tegur. sebab perang dingin kite. hrmmm. btw. yehaa yehaaa. tengok tengok.

surpriseeee ! 



sebenar nye aku sangat laaa terkejut. sebab im not expecting much from youuu. really. thanks. sangat sangat. memang lebar senyum aku time tu. aku sangat tak sangka. sanggup kau hantar post laju. bukan kite baru balik ke 14 hari tu ? haihhh. hahah. nasib baik tulisan kau kecik. and ayah aku tak dapat bace. and bile dia tanye. aku pun tak tahu sape bagi. since aku pun terkejut sape pulak bagi. tak mungkin DIA ? :')
wehh. thanks for being my friends. aku sayang kau :') hehee. kau kawan aku sampai bebile. thankswehh. at least you cheer me up by ths surprise. cume aku tak haarap kau jadi sesweeet ini. nanti tahun depan aku berharap pulak depan pintu tunggu post laju lagi kang ha :P ehhe. 

thanks to fatin also :) hehe. dia nyanyi untuk aku. and quite touch tak dapat jadi yang pertama. he took the place. hee. takpe. kau still kawan baikk akuu :) aku syg kauuuuu lagi banyak dari dia. ingat tuuuu ! terime kasih ingat birthday aku :) 

now im am 20. is a big number kan. dah dua dekad. dah takkan jumpe teen lagi. and 3-4 tahun lagi. mungkin aku akan kahwen. wallaaaaaa. memang tak percaya. time dedulu darjah satu. suke kire bile tahun 2020 memang akan dah kawen. ok. macam tak de kaitan -.- haha. for now. nak concentrate study. aku nak kawan dengan semua orang yang boleh bawak aku jadi lebih baik. 

jum jadi baik kawan kawan. heee. 

p/s : aku masih tunggu kad kau tu -.- and alhamdulillah. laptop dah elok. aku tak single dah. kbye :)



Tuesday, January 15, 2013

end of semester 1 :)

assalamualaikum.
hai blog. start hari ni. kau la tempat aku meluahkan cerita aku mungkin. sebab tak de sape nak dengar cerita aku lagi dah. muhehe.

alhamdulillah.semester1 dah berakhir dah. lega sangat. walaupun. aku yang terakhir balik kat bilik aku (sedih woo, habis paper lambat). hehe. tapi takpe la. at that 'alone' time. memang banyak aku dapat. aku sedar, aku tak sensorang. Allah ade dengan aku. hurmm.
paper exam agak tough especially Ordinary differential equation. bagi aku kan. memang menguji kesabaran aku bile semua nota ade dalam laptop.tapi laptop aku rossak T.T teruk sangat aku rase. and mase last paper. memang aku redhaa satu chapter bace gitu je. hihi.

banyak aku belajar dari sem ni. banyak. kadang aku pikir, buat aku rase takut dengan mase depan. ape yang akan jadi pada mase depan aku. semuge semua nye baik baik je kan. aku mintak maaf sangat kalau ade buat salah kat sesape. (macam la semua kengkawan aku ade blog). kekeke.

haaa. mase sehari sebelum paper organic kan. anak kawan apak yang aku kenal through meseg je. meseg ajak makan sesame. huhu. aku tersangat la segan. segan sangat. perempuan je pun. tapi aku tetap segan. lepas tu aku kata, aku dah makan.(bukan alasan ok). so tak de la jumpe. tadi aku cerita kat ibu. ibu marah aku.. ibu tanye, kenape aku perlu segan. pergi je la. ibu marah aku, tempat satu U. satu kawasan. jangan nak menyomobong pulak.  tapi masalah nye aku memang penyegan. lepas tu aku ade cerita kat ibu. dia nak aku pergi rumah dia ka terengganu. apak tibe tibe masuk perbualan and bagitahu.

pakcik tu memang nak jumpe kau.

arh sudah. kenape pulakk. hehe. dah umur 20 ni. memang mulut aku lepas sikit. terus aku tanye ayah aku.

pakcik tu nak jumpe sangat. dia ade anak lelaki ke ? kekeke -.-

hehe. aku bukan ape. aku memang segan sikit nk jumpe and beramah mesra dengan orang yang aku tak kenal langsung. malu nyee lahai T.T
nampak nye memang kena jumpe dia laa naik sem ni. and mybe akak tu boleh tolong aku. since dia budak kimia. yeaha yeaha -.- hehe.

sem depan memang aku nak concentrate study. sebab aku dah tahu kalau tak dapat 3 pointer. JPA akan bagi surat cinta kat aku. habislaa aku sem ni. memang habis T.T takpe la. we learn from the past kan kan ? :)
ade hikmah ape yang berlaku kat sem1 ni. semua nye mengajar aku. and aku takkan buat lagi. aku sedar aku masih tak matang untuk itu. aku kena adapt dengan perangai aku sendiri dulu. baru aku dapat adapt dengan perangai others :) heee.

p/s : sampaikan salam rindu ku ya Allah :')

Tuesday, January 8, 2013

masyaAllah.

assalamualaikum.
post ini saya copy paste dari satu group. saya harap anda semua ambik iktibar dari ape yang ingin disampaikan :)

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

... Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.

Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan,


p/s : jauhkan kami semua dari perkara ini ya Allah :')


Tuesday, January 1, 2013

20 :)

assalamualaikum :)
yeahh january is coming. coming and coming. aku tak tahu kenape. its kinda excited since aku cuti mase birthday aku. cuti tahu ? cutiii ~ hehe. nak spend one full day dengan family. nak mintak ibu masak sedap sedap. ehhee.

semalam kan, tengah malam. aku text bestfriend forever aku. ngeh ngeh.
aku cakap.

'azam aku. aku tak nak ade sape sape in this 2013. tolong ingatkan aku weh. huhu'

ok. itu memang aku akan pegang untuk 2013 ni. its 20 already. im not a teen anymore. if someone nak kat aku. kau pergi jumpe mak ayah aku. kalau kau tak berani. jangan harap nak dekat aku. pergh perghh. ayat.

 biarla concentrate study dulu. aku tak boleh nak jage siape siape lagi. nak jage diri sendiri pun tak mampu lagi. biar la dulu. biar la dulu. aku sedia kan diri aku. sebaik mungkin untuk menjadi seorang isteri yang baik. kalau ade hubungan time ni pun. banyak dose je aku buat. kawen nye tak tentu idakk kan ?

aku harap 2013 is much better than years yang sebelum ni. kite tak tahu ape akan jadi kat kite. pada mase depan. jage diri baik baik. jangan bagi sape sape pijak kepala kite. amik kesempatan kat kite.

haritu aku ade scroll fb lame aku. and aku jumpe status ni. hiii. its kinda sweet sebab pemikiran aku dulu lagi matang dari sekarang -.-' haihhh. so, starting from now. aku akan always pegang hati aku. jage hati aku. takkan bagi orang pegang. takkan :) its never be happen again. never. semuga dosa aku dengan dia diampunkan semase kitorang 'ade ape ape dulu' :')

tengok ni :)



btw. arghhhhhhhhhhhhh. its really, im 20 already. terime la hakikat. oh ibu. nak kawen. kbye, hihik.